Friday, November 30, 2012

Jabatan Kesihatan Terengganu Bersedia Hadapi Banjir

Seramai 324 petugas Jabatan Kesihatan Terengganu bersedia untuk bertugas semasa musim tengkujuh kali ini. "Kesemua mereka akan dibahagi kepada 81 kumpulan dan dari jumlah itu, 41 kumpulan ialah pasukan perubatan dan 40 kumpulan pasukan kesihatan.

Pengarah JKNT Dr Anwa Sulaiman  berkata, pasukan perubatan akan memantau kesihatan mangsa-mangsa banjir di tempat pemindahan dan memberi rawatan bersesuaian manakala pasukan kesihatan akan memantau persekitaran tempat pemindahan seperti kebersihan air dan pengurusan pembuangan sampah sarap dan najis.

Beliau menyatakannya padaa majlis  melancarkan Tabung Derma Kemanusiaan Untuk Palestin di Kuala Terengganu, semalam.

Menurutnya pelancaran  ini sebagai usaha mengumpul dana meringankan penderitaan umat Islam, di negara bergolak itu. berkata tabung derma yang dilancarkan hari ini akan berakhir pada 23 Disember dan hasil kutipan akan diserahkan kepada beberapa pertubuhan yang mengadakan misi bantuan kemanusiaan secara terus ke Gaza, Palestin.

 "Saya sangat berharap agar kesemua 9,462 petugas jabatan di negeri ini serta pelanggan jabatan untuk sama-sama menderma untuk bantuan kemanusiaan di Gaza," katanya kepada pemberita selepas melancarkan tabung itu.

Katanya tabung itu akan diletakkan di setiap kaunter di enam hospital daerah, 40 klinik kesihatan dan 133 klinik desa di seluruh Terengganu.

No comments:

Post a Comment