Friday, November 30, 2012
Jamshah - Unit Tindakan Ringan Bersedia Hadapi PRU-13
Ketua Polis negeri, Datuk Jamshah Mustapa berkata, bagi memperkemaskan jentera itu, 16 Seksyen LSF dari daerah Kuala Terengganu, Setiu, Kemaman, Marang, Hulu Terengganu, Dungun dan Besut itu telah menjalani kursus selama 10 hari bermula 19 hingga 28 November lalu sebagai persiapan awal.
Katanya, kursus itu yang turut melibatkan anggota dan pegawai baharu melibatkan silibus merangkumi kecekapan menggunakan peralatan LSF yang dibekalkan termasuk TS Gun, cota, pongkis gas musk, bom asap dan sebagainya.
"Kursus ini bukan sahaja bagi melihat tahap kemampuan anggota malah untuk memastikan kelengkapan peralatan lengkap dan berfungsi dengan baik ketika perlu digunakan kelak.
"Mereka juga dilatih untuk menjadi pasukan pertama yang tiba di lokasi bagi mengakses kejadian samada mereka boleh bertindak atau mendapatkan bantuan penguatkuasa lain dan kursus ini mendedahkan mereka dengan keadaan sebenar yang perlu dilalui," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Kursus Asas LSF Siri 1/2012 Kontinjen Terengganu di Dataran Kawad Pusat Latihan Bomba dan Penyelamat Wakaf Tapai dekat Marang, kelmarin.
Mengulas lanjut, Jamshah memberitahu, adalah penting untuk anggota LSF di negeri ini sentiasa berada dalam keadaan bersiap sedia bagi menghadapi situasi sebenar ketika berlakunya perhimpunan haram atau acara-acara lain yang memerlukan tugas mereka.
Ujarnya, selain persediaan menghadapi PRU, pasukan ini juga akan dikerahkan untuk mengawal perlawanan bola sepak yang diadakan di negeri ini.
Katanya, pada masa ini jumlah keanggotaan LSF masih mencukupi namun pihaknya bakal menambah keanggotaan dari semasa ke semasa bergantung kepada situasi dan keperluan.
Utusan Malaysia
No comments:
Post a Comment