Wan Ahmad Nizam (kanan) sambil diiringi Hasan dan Mohamad Kamil melepaskan perarakan peserta selepas merasmikan majlis berkhatan anjuran AJK Pasar Tani Daerah Kemaman. |
Setiausaha Politik Menteri Besar, Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid berkata, rungutan itu perlu dielakkan kerana tahun depan adalah Tahun Melawat Terengganu (TMT).
“Sekiranya keadaan ini berterusan, kita bimbang apabila seorang pelancong datang, dia akan merungut mengenai makanan dan barangan mahal. Rungutan ini akan akan tersebar dari mulut ke mulut dan jadi buah mulut yang akhirnya merugikan kita sendiri.
“Justeru, sempena Maal Hijrah ini saya menyeru kepada peniaga untuk sama-sama berhijrah, sama-sama kita lakukan perubahan,” katanya ketika merasmikan majlis berkhatan, anjuran Ahli Jawatankuasa (AJK) Pasar Tani Daerah Kemaman mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said di Tapak Pasar Tani Chukai, kelmarin.
Majlis dianjurkan dengan kerjasama Pejabat Daerah Kemaman dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Terengganu turut dihadiri Pengarah Fama Terengganu, Hasan Jusoh; Pegawai Daerah Kemaman, Mohamad Kamil Othman dan Pemangku Pengerusi Pasar Tani Chukai, Rosli Amat.
Wan Ahmad Nizam berkata, Kemaman sememangnya terkenal dengan harga barangan dan makanan yang mahal.
“Di Kemaman hari ini, jika tiada RM7 ke atas, tak boleh makan nasi di kedai makan. Kalau makan nasi harganya RM7 ke atas. Inilah situasi sekarang,” katanya.
Dalam pada itu, sempena majlis berkhatan yang disertai 70 peserta termasuk dari Kuantan, beliau turut melancarkan Tabung Cakna Pasar Tani Chukai Kemaman yang diwujudkan untuk menjaga kebajikan peniaga pasar tani di kawasan itu yang ditimpa kesusahan termasuk menjadi mangsa kebakaran dan sebagainya.
Sinar Harian
No comments:
Post a Comment