Friday, November 30, 2012

'Jangan Tukar Kerajaan' Bukan Ugut Rakyat, Demi Masa Depan Negara


Artis Malaysia, Jimmy Palikat (kiri) menyerahkan borang keahlian Umno kepada Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak (dua, kanan) sambil diperhatikan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman (dua, kanan) pada Majlis Makan Malam Perhimpunan Agung Umno 2012, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), malam semalam.
Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ingatan Datuk Seri Najib Tun Razak supaya rakyat tidak memberi peluang kepada pakatan pembangkang untuk memerintah negara, bukan bertujuan menakut-nakutkan mereka.

Beliau berkata pelbagai kepincangan pentadbiran di negeri di bawah pembangkang menjadi bukti mereka tidak berupaya membentuk kerajaan yang mantap untuk meneruskan agenda pembangunan negara.

"Peringatan Perdana Menteri tentang perkara ini bukan untuk menakut-nakutkan. Kita tak boleh perjudikan masa depan negara hanya kerana kita nak mencuba. "Ini bukan masa depan kita sahaja tetapi juga melibatkan masa depan anak-anak kita," katanya mengulas ucapan dasar Presiden Umno sempena Perhimpunan Agung Umno 2012 di Kuala Lumpur, semalam.


Beliau berkata pentadbiran negara juga boleh menjadi porak peranda jika pembangkang memerintah, berdasarkan pertembungan ideologi yang dilihat dinegeri-negeri ditadbir pembangkang.

Pengamatan Muhyiddin dikongsi Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang melabelkan pembangkang sebagai tidak kompeten dalam aspek pentadbiran.

Hakikatnya pembangkang tidak membawa apa-apa kemajuan apabila diberi ruang untuk mentadbir negeri, tegasnya, sambil meminta rakyat supaya tidak menjadikan masa depan mereka dan anak cucu serta negara sebagai bahan uji kaji.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin mahu idea menukar kerajaan jika inginkan pembaharuan 'dibasuh sebersih-bersihnya' daripada minda golongan muda.

Bagi Presiden Parti Progresif Penduduk Datuk M.Kayveas, rakyat diminta supaya tidak terpengaruh dengan budaya politik menipu pakatan pembangkang. "Mereka buat janji tapi tidak ditunaikan...gabungan PAS, DAP dan PartiKeadilan Rakyat hanya untuk nafsu kuasa saja," katanya.

Presiden Parti Bersatu Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata ketidaksepakatan dan percanggahan pendapat yang sering berlaku dalam kalangan pembangkang menjadi isyarat jelas mereka tidak mampu memerintah negara.

Sementara itu, rakyat, khususnya orang Melayu dan bumiputera, diingatkan agar tidak mengambil risiko dengan menjadikan pilihan raya umum ke-13 sebagai 'uji kaji'.

Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata rakyat perlu mengamalkan politik yang cerdik dan matang serta tidak memperjudikan masa depan negara di tangan pembangkang

 "Secara ringkas kita hanya ada dua pilihan...sama ada kita akan bekerja kuatkekalkan kuasa dan berlaku adil kepada orang lain seperti kita buat selama ini,ataupun kita leka serahkan kuasa kepada orang lain dan kita berdoa orang lainberlaku adil kepada kita," katanya..
 
Bbeliau menyatakannya ketika membentangkan usul ucapan dasar presiden pada Perhimpunan Agung Umno 2012, semalam.

Setiausaha Barisan Nasional Sabah itu juga berkata pakatan pembangkang tidak mempunyai jawapan atau strategi untuk Malaysia menghadapi cabaran globalisasi serta cabaran ekonomi dunia yang kian kompleks.

"Kalau pakatan pembangkang tidak ada jawapan saya minta mereka ketepi dan biarkan Barisan Nasional (BN) memberi jawapan kepada Malaysia," katanya.

Beliau juga turut mengusulkan setiap pemimpin dan anggota Umno serta komponen BN supaya melipatgandakan usaha menjuarai, merasai denyut nadi dan memenangi hati dan nurani rakyat.

No comments:

Post a Comment