Friday, November 2, 2012

Karnival Program Pelancongan Pelajar Di Terengganu Dari 4 Hingga 6 Nov

Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia negeri Terengganu akan menganjurkan Karnival Program Pelancongan Pelajar (3P) di negeri ini dari 4 hingga 6 Nov ini.

Pengarahnya, Mohd Sabri Zakaria berkata program itu akan diadakan di Inap Desa Felda Selasih, Besut. Beliau berkata projek itu adalah untuk mempromosi aktiviti pelancongan domestik bagi memupuk budaya melancong di kalangan pelajar.

"Apa yang lebih penting ialah untuk menghindari gejala sosial yang semakin meningkat di kalangan pelajar pada masa ini melalui pengisian masa lapang secara bijak dan berfaedah," katanya dalam satu kenyataan kelmarin.

Mohd Sabri berkata program ini melibatkan 36 kelab pelancongan pelajar yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan dari seluruh daerah di Terengganu.

No comments:

Post a Comment