Friday, November 2, 2012

PBLT Pertaruh 3 /Ayam Tambatan' Kuasai GP Perak Esok

Persatuan Lumba Basikal Terengganu (PLBT) mempertaruhkan tiga pelumba 'ayam tambatannya' untuk mencipta kejayaan pada Kejohanan Grand Prix (GP) Series Sirkit keempat berbasikal lebuh raya di Lumut, Perak, bermula hari ini.

Ketiga-tiga pelumba pelapis itu ialah Abd Aziz Zahid, Iskandar Fitri Ahmad Sabti dan Ahmad Najib Ismail. Ketua Jurulatih PLBT, Syed Mohd Hussaini Syed Mazlan berkata ketiga-tiga pelumba yang menjadi sandaran PLBT itu merupakan pelumba yang mempunyai kedudukan dan kutipan mata terbaik setakat ini.

"Tiga pelumba yang kita senaraikan ini mempunyai pencapaian terbaik dan pada kejohanan kali ini kita berharap mereka dapat mengutip lebih banyak mata untuk muncul sebagai pelumba utama," katanya semalam.

Syed Mohd Hussaini berharap anak didiknya dapat mengulangi kejayaan seperti kejohanan terbuka Perlis dan Kejohanan Lumba Basikal GP Kebangsaan Sirkit 3 Sarawak, baru-baru ini.

"Pada kejohanan di Sarawak lalu, Iskandar Fitri mampu menguasai kategori junior dan dua pelumba lagi itu menyerlah pada kejohanan terbuka di Perlis.

Bagaimanapun, beliau berkata pasukannya tetap optimis melakukan yang terbaik sepanjang kejohanan tiga hari dan tidak memandang rendah keupayaan pelumba lain.

Menurut Syed Mohd Hussaini PLBT akan menyenaraikan 21 pelumba dalam kategori junior dan senior dengan 18 daripada mereka merupakan pelumba pelapis. Pada kejohanan kali ini, PLBT menampilkan lebih ramai muka baru dan tiga pelumba senior yang berpengalaman untuk memperkuatkan pasukan.

No comments:

Post a Comment