Wednesday, November 14, 2012

Kejohanan Bawah 19 Tahun Tututp Tirai PSTNT 2012

Persatuan Sepaktakraw Negeri Terengganu (PSTNT) akan menutup aktiviti tahun 2012 dengan penganjuran kejohanan antara regu bawah 19 tahun pada 21-22 Disember depan.

Presidennya Mohd Shapian Ali berkata matlamat kejohanan itu ialah untuk memilih pemain-pemain bagi mewakili Terengganu pada temasya Sukma tahun depan.

"Ia (kejohanan ini) terbuka kepada semua pemain anak negeri Terengganu selaras dengan peraturan Sukma," katanya semalam.

Mohd Shapian menjangka kejohanan itu akan mendapat sambutan memandangkan pada masa itu sekolah cuti, membolehkan pelajar-pelajar mengambil bahagian.

Beliau berkata hadiah kejohanan ini agak lumayan, namun atas sebab-sebab tertentu, ia belum boleh diumumkan sehingga kejohanan itu berlangsung.

Dalam perkembangan lain, PSTNT menyenaraikan seramai 15 pemain untuk mewakili negeri ke kejohanan sepak takraw Piala Presiden yang akan berlangsung di Datuk Keramat Kuala Lumpur 24 November ini.

Mohd Shapian berkata pemain-pemain berkenaan dipilih berdasarkan prestasi mereka pada kejohanan sepak takraw Piala Menteri Besar Terengganu di sini minggu lepas.

"Kita hanya menghantar pasukan untuk kategori terbuka sahaja, manakala kategori veteran kita tidak sertai," katanya. Beliau berkata pasukan Terengganu itu dibimbing oleh bekas jurulatih sepaktakraw kebangsaan Thailand, Vittaya Bontal.

No comments:

Post a Comment