
Beliau berkata lebih RM300 bilion perbelanjaan modal berisiko dalam masa lima tahun akan datang. "Dalam tempoh lima tahun yang lalu, Petronas telah menyumbang kira-kira RM60 bilion secara purata setahun kepada negara dan ini merupakan purata 41 peratus kepada jumlah hasil kerajaan," kata beliau pada taklimat media semalam.
Shamsul berkata dividen yang merupakan 61 peratus daripada keuntungan adalah lebih tinggi daripada purata 38 peratus yang dibayar oleh syarikat minyak dan gas global lain.
"Petronas sudah yang melepaskan kira-kira RM155 bilion dalam hasil sejak harga gas terkawal berkuat kuasa pada Mei 1997," katanya.
Mengenai dakwaan bahawa Kelantan tidak dibayar royalti minyak, Shamsul berkata terdapat formula standard lima peratus bagi semua negeri.
"Jika penerokaan minyak dijalankan dalam lingkungan tiga batu nautika, hasil minyak milik negeri, di luarnya milik kerajaan persekutuan," katanya.
No comments:
Post a Comment