Perwakilan Wanita mendengar pembahasan Ketua Wanita UMNO Langkawi, Halijah Puteh pada Perhimpunan Agong UMNO 2012 di PWTC, Kuala Lumpur., kelmarin. |
Pembahas usul Pendidikan, Agama dan Sosial yang juga Pengerusi Tetap Wanita Bahagian Hulu Terengganu, Noor Asiah Mustaffa, berkata ia penting bagi memastikan pengaruh negatif tidak disemai kepada anak kecil.
“Kita juga khuatir ia akan melahirkan individu yang berperanan untuk menjelajah masuk ke kawasan luar bandar,” katanya.
Beliau turut membidas pembangkang dan menganggap mereka cemburu ke atas manfaat pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) diterima pelajar universiti.
“Usaha kerajaan mewujudkan PTPTN adalah satu langkah bijak membantu pelajar di luar kemampuan,” katanya.
Naib Ketua Wanita Cheras, Zurainah Musa ketika membahas usul sama berkata, ramai anak Melayu berada dalam keadaan ketinggalan dari segi pendidikan, sekali gus menyebabkan peluang untuk meningkatkan sosioekonomi, terjejas.
“Landskap sektor pekerjaan ketika ini semakin kompetitif dan dinamik. Hanya mereka yang berkualiti serta pendidikan tinggi saja diserap masuk dalam alam pekerjaan,” katanya.
Sehubungan itu, beliau menyarankan supaya kerajaan mengkaji semula nilai tarikan sebenar sekolah swasta dan antarabangsa hingga berupaya menarik perhatian ibu bapa dan keluarga berkemampuan untuk menghantar anak mereka ke situ.
No comments:
Post a Comment