Monday, November 19, 2012

Kerajaan Terengganu Cakna, Bantu Ibu Tunggal


Kerajaan sentiasa mengambil cakna, membantu dan membela nasib ibu tunggal melalui pelbagai program yang dijalankan oleh agensi yang berkaitan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu.

Melalui program ‘ Karisma Selendang Biru Semarak Kasih 2012‘ Yayasan Pembangunan Keluarga ( YPK ) serta Kerajaan Negeri memberi satu bentuk penghargaan tertinggi kepada golongan ibu tunggal bagi menunjukkan mereka juga dihargai untuk segala pengorbanan dalam keusahawanan, kekeluargaan dan kemasyarakatan.

Selain itu, program seperti ini dapat meningkatkan kreadibiliti pemimpin-pemimpin tempatan kerajaan pada kacamata golongan ibu tunggal dari segi perspektif bantuan dan pembelaan di samping mengukuhkan dan mengeratkan hubungan silaturrahim para pemimpin dengan golongan tersebut.



Majlis Karisma Selendang Biru Semarak Kasih peringkat Parlimen Hulu Terengganudirasmikan Exco Belia dan Sukan Negeri merangkap ADUN Telemong,  Rozi Mamat semalam yang  turut dihadiri Ketua Wanita Bahagian Hulu Terengganu, Datuk Hajah Fatimah Hamat.

Menurut Rozi, peruntukan bagi ibu tunggal pada tahun 2012 adalah yang terbesar di negeri Terengganu dan ianya sejajar dengan hasrat murni untuk menjadikannya teras kepada pembangunan agar golongan ibu tunggal mendapat manfaatnya.

“Bermula dengan RM 6.7 juta dibelanjakan untuk dana raya ibu tunggal pada tahun 2010, di ikuti dengan peningkatan RM 7.46 juta pada tahun 2011 membuktikan kerajaan negeri Terengganu telah banyak membantu golongan ini supaya dapat hidup dengan selesa di samping pelbagai bantuan dari agensi berkaitan.

“Kita sepatutnya merasa syukur kerana dapat hidup dengan selesa jika dibandingkan dengan negara lain kerana ada golongan ini terpaksa meminta sedekah untuk hidup sehari-harian.

“Kita juga perlu ingat bahawa intitusi kekeluargaan amat penting kerana ia menjadi penentu jatuh bangunnya sesebuah masyarakat dan keluarga bahagia penentu perkembangan minda.”kata Rozi di hadapan kira-kira 800 orang ibu tunggal yang hadir.

Pada majlis tersebut, tiga orang ibu tunggal telah dianugerahkan dengan penghargaan iaitu Puan Jamsiah Yang bagi kategori keusahawanan, Puan Kalsum Mamat bagi kategori kekeluargaan dan Puan Zainon Muda bagi kategori kemasyarakatan.

No comments:

Post a Comment