Tuesday, November 6, 2012
Kerjasama Ketengah, Mara, Kemas Majukan Projek Pembangunan Ekonomi, Pendidikan Dan Modal Insan
Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), Mara dan Kemas boleh berkongsi usaha dalam projek pembangunan ekonomi, pendidikan dan modal insan, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Beliau berkata kerjasama seumpama itu diharap dapat membuka peluang kepada usahawan bimbingan Ketengah, Mara dan Kemas di Terengganu supaya lebih berdaya saing di peringkat globalisasi.
"Kerjasama itu boleh membantu meningkatkan peluang pelaburan dalam kawasan pembangunan wilayah Ketengah di bidang pembangunan modal insan dan pendidikan serta memberi nafas baharu kepada Kolej Ketengah," katanya.
Beliau menyatakannya pada majlis menandatangani kerjasama persefahaman antara Ketengah, Mara dan Kemas di Kolej Ketengah di Dungun hari ini.
Pada majlis itu Mara diwakili Ketua Pengarahnya Datuk Ibrahim Ahmad, Kemas oleh Hassan Mohd Amin selaku Ketua Pengarahnya dan Ketengah oleh Pengurus Besarnya Wan Mat Amin Wan Daud.
Majlis disaksikan Mohd Shfie dan Ketua Setiasuaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ibrahim Muhamad.
Mohd Shafie berkata di sektor pendidikan dan modal insan, Ketengah, Mara dan Kemas akan bekerjasama mengembangkan kecemerlangan pendidikan sedia ada untuk dipasarkan sehingga ke peringkat global.
No comments:
Post a Comment