Faiz mewakili T-Team menentang Perak pada saingan Liga Perdana lalu. |
"Saya dimaklumkan kontrak mereka hanya akan tamat akhir bulan ini, tetapi jika mereka tetap ingin beraksi bersama pasukan Kelantan, kita bebaskan mereka...kita cari pemain lain untuk mengisi kekosongan mereka.
Tidak guna kita memaksa Zairo Anuar dan Mohd Faiz untuk terus beraksi bersama T-Team jika semangat mereka sudah tidak ada lagi," demikian luahan kelmarin.
Itulah pendirian Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said mengulas tindakan dua pemain itu yang berpindah ke skuad The Red Warriors musim depan.
Laporan Teganuku Khamis lalu mengenai dua pemain T-Team yang dikatakan dipikat Kelantan. |
Sedangkan kontrak mereka dengan T-Team hanya akan tamat akhir bulan ini.
Penasihat Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa kelmarin menafikan dakwaan T-Team yang The Red Warriors memikat Zairo Annuar dan Mohd Faiz secara tidak beretika.
Annuar melalui laman Facebooknya menjelaskan Zairo Annuar dan Mohd Faiz berhak menyarung jersi Kelantan musim depan berikutan kegagalan T-Team mematuhi perkara melanjutkan kontrak dua pemain itu.
Ahmad Said menegaskan: "Mereka berhak membuat pilihan berdasarkan tawaran gaji, tetapi bagi mengelak kejadian tidak diingini, kedua-dua pihak sama ada pemain atau pasukan, perlu meneliti dan mematuhi kontrak", katanya.
Namun pertanyaan tetap bermain di kepala Menteri Besar itu mengenai keputusan dua pemain berkenaan sambil meminta pengurusan T-Team menyemak secara terperinci status perjanjian Zairo dan Mohd Faiz dengan pasukan itu dan jika tiada masalah sedia melepaskan mereka untuk Kelantan.
Menteri Bsar mengulangi, Kerajaan Terengganu sanggup membuat pelaburan besar dan bersedia menawarkan gaji tinggi kepada setiap pemain untuk menyarung jersi T-Team musim depan.
Walaupun pendiriannya tidak mahu terlalu banyak campur tangan dalam urusan bola sepak terutama membabitkan T-Team, namun beliau tetap menekankan kejayaan pasukan itu sesuai denganperuntukan dikeluarkan.
Berikutan itu T-Team kini sudah melantik Ketua Pegawai Eksekutif T-Team, Abdul Rasid Jusoh untuk memantau skuad yang akan dikendalikan Peter Butler musim depan
No comments:
Post a Comment