Saturday, November 24, 2012
Terengganu Pengeluar Utama Melon Negara
Terengganu kini muncul negeri terbesar mengeluarkan tanaman melon negara ini dengan kejayaan menghasilkan pendapatan kira-kira RM10 juta sejak beroprasi 2006.
Pengarah Jabatan Pertanian Terengganu, Md Yusof Maidin berkata,tanaman itu yang dikendalikan di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Tok Dor, dekat Jerteh, berupaya memasarkan hasil pengeluaran yang melebihi sasaran untuk keperluan pengguna.
Katanya,selain dipasarkan di dalam negara melon juga mendapat prmintaan tinggi di Dubai, Hong Kong dan Singapura.
Menurutnya, ketika ini TKPM membangunkan 57 hektar untuk projek tanaman berkenaan membabitkan 29 peserta termasuk 14 peserta dari program siswazah tani.
Md Yusof berkata, projek pertanian melon yang menggunakan kaedah canggih mempu mengeluarkan hasil bermutu tinggi dalam tempoh 30 hari ia ditanam.
“Peserta juga mampu meraih pendapatan bulanan sehingga mencecah RM3,000 sebulan hasil jualan buah melon,” katanya ketika melawat projek tanaman berkenan di Tok Dor. kelmarin.
Beliau berkata, pada masa ini TKPM terbabit sedang mengusahakan 450 ribu melon yang dijangka boleh dituai sehingga akhir 2012.
Katanya, industri melon mungkin agak jarang diterokai petani sedangkan ia mampu memberi pulangan sepanjang masa kerana tanamannya tidak memerlukan musim tertentu.
Selain, untuk hidangan makanan ringan melon juga boleh diproses untuk jus, jeruk dan makan ringan lalu yang mempunyai kelazatan tersendiri.
Jabatan Pertanian Terengganu juga sedia membuka peluang kepada usahawam tani untuk memasarkan buah melon dari TKPM Besut untuk diedarkan ke seluruh negara dan luar negara
Teganukita
No comments:
Post a Comment