Lebih 4,500 syarikat meminta supaya menangguhkan pelaksanaan gaji minimum yang akan bermula 1 Januari ini, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S. Subramaniam.
Permintaan itu diterima oleh Majlis Konsultasi Gaji Kebangsaan dan syarikat-syarikat terbabit berkata bahawa mereka “tidak bersedia melaksanakan gaji minimum,” katanya.
“Majlis Konsultasi Gaji Kebangsaan akan meneliti permintaan tersebut bagi melihat sekiranya alasan-alasan mereka adalah munasabah.
“Jika ia adalah munasabah, mereka akan dikecualikan daripada pelaksanaan gaji minimum untuk satu tempoh masa,” kata beliau semalam.
No comments:
Post a Comment