Tuesday, November 20, 2012

Malaysia Anjur Persidangan Tentang Riba Ke-3


Selepas kejayaan dua persidangan dunia tentang riba sebelum ini, Malaysia akan menganjurkan siri ketiga persidangan berprestij ini di sini pada 26-27 Nov, 2012.

Bertemakan "Krisis Global Pelbagai Bentuk Tentang Riba: Daya tahan, Tindak Balas & Pembaharuan", persidangan itu yang akan diadakan di Palace of the Golden Horses, akan menampilkan perbincangan mendalam dan menyeluruh mengenai riba daripada semua perspektif.

Pengerusi persidangan Profesor Ahamed Kameel Mydin Meera berkata persidangan tahun ini akan membincangkan isu ini di peringkat mikro dan makro di tengah-tengah kesuraman ekonomi global. "Persidangan ini akan meneruskan perbincangan tentang makna sebenar riba, daripada perspektif agama dan ekonomi," kata Ahmad Kameel dalam satu kenyataan.

Wacana tentang riba adalah penting untuk menangani amalan kewangan dan kesan buruknya dalam isu harian seperti kos kehidupan, pemilikan rumah dan kemampuan membeli rumah.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka menyampaikan ucaptama bertajuk "Pergolakan Sosioekonomi Global: Apakah Langkah Bersama Yang Boleh Diambil oleh Negara?"

No comments:

Post a Comment