Wednesday, November 28, 2012

MB Rasmi Pra-Pelancaran Tahun Melawat Terengganu 2013

 
Menteri Besar, Datuk Seri Haji Ahmad Said menyempurnakan majlis pra-pelancaran Tahun Melawat Terengganu 2013 di Rumah Terengganu, di kawasan Mardi, Serdang, petang kelmarin.

Menteri Besar berharap pengunjung Maha 2012 diberi pendedahan yang meluas mengenai destinasi pelancongan, termasuk Tasik Kenyir, bagi menarik minat mereka melancong ke negeri ini.

“Kita mempunyai banyak destinasi pelancongan termasuk pantai dan pulau-pulau yang cantik, kuih-muih tradisional yang enak dan kraftangan yang unik.


“Terengganu juga mempunyai tasik buatan manusia yang terbesar di Asia Tenggara yang kini dibangunkan sebagai detinasi pelancongan yang menarik,” katanya ketika berucap merasmikan majlis berkenaan.

Turut hadir Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman, Datuk Abd Rahin Said, Datuk Toh Chiin Yaw dan  Asha’ari Idris.

Menteri Besar berharap pelbagai usaha yang dilakukan kerajaan negeri bagi memajukan bidang pelancongan akan menarik lebih ramai pelancong ke Terengganu, terutama pada tahun depan.

“Kita akan menyediakan prasarana yang lebih baik bagi memudahkan pelancong dataing ke negeri ini, termasuk menyediakan jalan empat lorong dari sebelah selatan (Kemaman) menuju ke pusat Bandar Kuala Terengganu,” tambahnya.

Sementara itu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, membuat kejutan apabila turut hadir pada majlis pra-pelancaran Tahun Melawat Terengganu 2013 di Rumah Terengganu, di kawasan Mardi, Serdang, petang kelmarin.

Difahamkan Abdul Hadi sebelum itu turut melawat gerai-gerai pameran MAHA 2012 dan mengambil kesempatan singgah di Rumah Terengganu yang turut menyediakan pameran mengenai produk-produk pelancongan dan aqua-torism yang terdapat di Terengganu.

Selepas menyempurnakan majlis itu, Menteri Besar dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) turut melawat gerai-gerai pameran di MAHA 2012.

Teganukita

1 comment:

  1. Alhamdulillah. Saya nampak banyak kemajuan yang dilakukan oleh YAB Menteri Besar sekarang ini.

    Beliau adalah seorang yang mudah didekati dan sentiasa mendengar pandangan rakyat.

    Terengganu akan bertambah maju jika beliau terus meneraju kerajaan kerana banyak idea-idea yang diketengahkan adalah relevan. Terbaharu YAB mahu membina jalan empat lorong dari Kemaman ke Kuala Terengganu.

    Berikut ini saya senaraikan kebaikan-kebaikan jika jalan empat lorong Kemaman-Kuala Terengganu dibina;

    1) Perjalanan menjadi lancar
    2) Pemandu tidak rasa bosan
    3) Kes kemalangan akan berkurangan
    4) Masa perjalanan dari Kemaman ke K.Terengganu dapat dikurangkan
    5) Minat pelancong untuk datang ke Terengganu akan bertambah 100%
    6) Bertambah ramai rakyat dapat jadi peniaga di sepanjang jalan Kemaman-K.Terengganu (bererti peluang pekerjaan bertambah)
    7) Berlaku peningkatan ketara pendapatan peniaga di tepi jalan ini dan Kuala Terengganu
    8) dan lain-lain lagi.

    Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada YAB Menteri Besar kerana mengetengah idea yang sangat baik ini.

    ReplyDelete