Friday, November 2, 2012

Pegawai WMF Tegaskan Perlunya Tapak Warisan Dipelihara

 

Tapak-tapak warisan di serata dunia perlu memelihara unsur-unsur semula jadi, budaya dan sejarah demi menggalakkan orang ramai melawat, menikmati dan mengkaji mengenainya, kata Pengarah bagi Pendidikan dan Pelajaran Tabung Monumen Dunia (WMF) Erica Avrami.

Beliau berkata tapak-tapak yang tidak ada gantinya itu menampilkan hubungan langsung dan multi-dimensional dengan masa lampau, oleh itu mesti dipelihara sedaya mungkin.

"Kami menggalakkan setiap negara melindungi kawasan warisan masing-masing, dan jika mereka mengalami kesukaran berbuat demikian, maka mereka boleh memilih tapak tersebut untuk kami bantu," katanya kepada Bernama selepas menyampaikan ceramah, "Memupuk Perubahan Positif Terhadap Warisan" di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau mengambil perhatian sejak penubuhannya pada 1996, program WMF telah menguruskan 686 tapak di 132 negara dan wilayah, termasuk Tebingan Kampung Cina di Terengganu yang disenaraikan pada tahun 1998, 2000 dan 2002.

No comments:

Post a Comment