Monday, November 26, 2012

Penerbangan A380 KL-London MAS Dua Kali Sehari


Malaysia Airlines (MAS) hari ini memulakan perkhidmatan A380 Kuala Lumpur-London-Kuala Lumpur dua kali sehari dengan penerbangan siang MH4 sulungnya yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) menuju ibu kota United Kingdom itu pada 10.45 pagi.

Dalam satu kenyataan, syarikat penerbangan nasional itu berkata, perkhidmatan dua kali sehari ini dapat diadakan selepas menerima pesawat A380 494 tempat duduk ketiga dan keempat, masing-masing pada 19 Nov dan kelmarin.

Berkuatkuasa semalam, penerbangan siang MH4 akan berlepas dari KLIA pada 10.45 pagi setiap hari dan tiba di Heathrow London pada 4.15 petang hari yang sama.

Penerbangan pulang MH1 berlepas dari London setiap hari pada pukul 10.00 malam dan tiba di KLIA pada 6.20 petang keesokan harinya. MH2 berlepas dari KLIA pada pukul 11.40 malam dan tiba di London pada pukul 5.50 pagi hari berikutnya.

Penerbangan pulang MH3 berlepas dari London pada pukul 12.00 tengah hari dan tiba di KLIA pada 7.25 pagi esoknya.

Perkhidmatan A380 dua kali sehari itu adalah sebahagian daripada rancangan perniagaan kami untuk menarik balik pelanggan dengan perlahan-lahan menambah pesawat baharu yang menawarkan kemudahan canggih bagi penumpang.

“Dengan sokongan kakitangan kabin kami yang pernah memenangi anugerah, kami yakin kelebihan sedemikian akan terus menjana pendapatan dan muatan, dan memastikan kami kembali mencatat keuntungan,” kata.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Ahmad Jauhari Yahya. Syarikat penerbangan itu juga memperkenal satu perkhidmatan khas dalam penerbangan siang A380 bagi kanak-kanak berusia lima hingga 15 tahun, yang bertujuan mencetuskan kesedaran tentang keselamatan dalam penerbangan dengan cara yang menyeronokkan.

MAS memaklumkan bahawa, penumpang-penumpang muda itu akan dibawa melawat dek atas dan utama dalam kelas ekonomi.

“Kanak-kanak akan diberikan penerangan ringkas mengenai ruang dapur pesawat A380, berpeluang mencuba tempat duduk pelayan kabin, jeket keselamatan, malah melihat-melihat tempat tidur anak kapal,” katanya.

No comments:

Post a Comment