Wednesday, November 21, 2012

Penjawat Awam Penyumbang Kepada Kejayaan Malaysia Di Dalam, Luar Negara


Malaysia mengecapi pelbagai pencapaian sama ada di dalam negara mahupun di peringkat global berikutan kerjasama mantap penjawat awam, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata penjawat awam menjadi komponen penting dalam menentukanwawasan dan perancangan sosioekonomi negara mengikut matlamat serta sasaran yangditetapkan.

Katanya penjawat awam merupakan faktor penting dalam memberi nasihat, merancang dan melaksanakan matlamat pembangunan yang telah dibentuk.

"Walaupun dipisah daripada kepimpinan politik dari segi organisasi, pegawai-pegawai awam perlu berpegang kepada prinsip dan matlamat yang sama dengan kepimpinan semasa," katanya pada majlis perjumpaan bersama anggota perkhidmatan awam Sabah di Kota Kinabalu, semalam.

Muhyiddin berkata Malaysia tidak mungkin mencapai tahap pembangunan sekarang jika negara tidak cekap menjana persekitaran perniagaan yang kondusif dan cekapcara berdagang dalam pasaran dunia yang semakin kompetitif.

Negara, katanya berjaya meningkatkan pelaburan sektor swasta kepada RM94bilion tahun lepas atau 19.4 peratus daripada tahun sebelumnya dan pelaburanasing yang turut meningkat kepada RM32.9 bilion tahun lepas atau 12.3 peratusberbanding tahun sebelumnya.

Beliau juga berkata kemajuan Program Transformasi Ekonomi tahun lepasberjaya melancarkan 110 projek dengan potensi pelaburan RM179.2 bilion.

Di peringkat global pula, Muhyiddin berkata Malaysia membuktikan kemampuan dalam meningkatkan aliran pelaburan masuk dan mendapat pengiktirafan Bank Dunia sebagai negara di tempat ke-12 dalam amalan perniagaan terbaik, mengatasi negaramaju seperti Sweden, Taiwan, Jerman, Jepun dan Switzerland.

Di samping itu, beliau berkata Laporan Persaingan Global menyenaraikan Malaysia sebagai negara kedua terbaik di kalangan negara Asean dan keenam di Asia Pasifik. Menjelang pilihan raya umum ke-13,

Muhyiddin berharap penjawat awam terusmelaksanakan peranan masing-masing dalam menerangkan isu semasa yang sebenarmengenai kerajaan, terutamanya isu yang dibangkitkan oleh sesetengah pihak yangtidak bertanggungjawab.

No comments:

Post a Comment