Wednesday, November 21, 2012

SMK Padang Midin Terima Padang Hoki Bertaraf Dunia

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Midin, di sini hari ini menerima sebuah padang sintetik bertaraf dunia bagi pembangunan sukan hoki di Terengganu.

Pengarah Kanan Cawangan Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Jabatan Kerja Raya Maman K. T George berkata prasarana sukan di sekolah yang melibatkan kos RM3.3 juta itu merupakan antara 11 padang hoki yang sedang disiapkan di seluruh negara menerusi pelan induk Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10).

Katanya kemudahan itu bertujuan memberi kemudahan kepada murid mengembangkan bakat mereka dalam bidang sukan dalam suasana yang lebih kondusif dan selesa.

"Malah saya difahamkan padang hoki ini juga sudah mendapat pengiktirafan badan induk Hoki Dunia kerana mencapai spesifikasi yang ditetap dan telah mendapat sijil pengiktirafan sementara setelah tiga wakil badan induk itu dari Hong Kong, China serta Korea membuat pemeriksaan pada 15 Nov lalu," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan padang hoki sintetik itu kepada Pengetua SMK Padang Midin Zah Mohamad di Kuala Terengganu.

Menurutnya padang hoki sintetik di sekolah ini mula dibina awal Mac lalu dan siap sepenuhnya bulan ini.

No comments:

Post a Comment