Thursday, November 29, 2012

Puteri Terengganu Yakin Perjuangan Islam Umno Lebih Baik Berbanding PAS - Puteri UMNO


Sayap paling muda, Pergerakan Puteri Umno percaya Umno adalah sebuah parti yang memperjuangkan Islam jauh lebih baik daripada PAS

 Pengerusi Biro Agama Puteri Umno Terengganu, Laila Mat Daud berkata, perkara itu dapat dilihat dengan jelas dengan pelaksanaan pelbagai program, aktiviti serta pembangunan rohani dan jasmani bagi memantapkan Islam tanpa menindas atau menidakkan hak kaum dan agama lain.

Di Terengganu, katanya kerajaan memperkenalkan program Khatam al-Quran yang mencatatkan peningkatan kanak-kanak tadika khatam al-Quran dari tahun ke tahun.

Malah katanya, penerapan Islam tidak hanya terhenti di peringkat sekolah rendah tetapi juga di peringkat sekolah menengah melalui penubuhan Sekolah Menengah Imtiaz yang menekankan konsep kejayaan dunia dan akhirat.

 "Inilah yang kita usahakan bagi memartabatkan Islam. Saya penuh percaya bahawa Umno ialah sebuah parti yang memperjuangkan Islam jauh lebih baik daripada PAS.

"Tidak seperti sebuah parti di luar sana yang hanya pandai berkata-kata melalui mikrofon di sana sini bercakap mengenai Islam tetapi tindakannya tidak langsung mencerminkan Islam yang unggul," katanya ketika membahaskan usul agama, di Perhimpunan Agung Umno 2012 semalam.

No comments:

Post a Comment