Masyarakat harus sedar dan mengelak daripada memilih individu yang menyokong atau mengamalkan LGBT (lesbian, gay, biseksual,transgender) daripada menjadi pemimpin negara pada masa akan datang.
Ketua Pengarah Biro Tata Negara (BTN) Malaysia, Datuk Raja Arif Raja Ali berkata, cegah LGBT sebelum parah dan menjadi penyakit masyarakat yang sukar dibendung.
“Kita tidak mahu orang sebegini akan mewarisi kepimpinan negara pada masa depan.” katanya ketika merasmikan Seminar Keibubapaan, Menangani Isu LGBT di Stadium Negeri Kuala Terengganu semalam.
Hadir sama Pegawai Daerah Kuala Terengganu, Haji Wan Nawawi Wan Ismail; Pengarah
BTN Terengganu, Encik Nor Rozilan Mohamad serta Censelor Berdaftar dan
Perunding Motivasi Haji Hushim Salleh.
Katanya, masyarakat terutama ibu bapa harus bersama-sama untuk mengambil langkah pencegahan terhadap gejala LGBT daripada terus merebak serta merosakkan institusi keluarga dan juga negara.
“Ibu bapa perlu peka dan sentiasa dekat dengan anak-anak agar dapat memantau pergerakan mereka kerana banyak contoh berlaku, ibu bapa sendiri tidak menyedari ada kalangan ahli keluarga telah terlibat dengan gejala ini,” katanya.
Sehubungan itu, anggota masyarakat perlu diberi pendedahan dan maklumat mengenai pengertian sebenar perlakuan LGBT serta pendekatan terbaik bagi membendung penularan budaya ini.
Menurutnya, pengaruh perlakuan LGBT kini semakin membimbangkan dalam cara hidup masyarakat dewasa ini dan perkara ini perlu diberi perhatian serius sebelum ia merosakkan bangsa dan negara.
Teganukita
No comments:
Post a Comment