Tuesday, November 27, 2012

Cadangan Ubah Suai Pasar Payang Belum Muktamad


Datuk Bandar Majlis Perbandaran Kuala Terengganu (MBKT) Datuk Adzlan Dagang berkata kerajaan negeri belum membuat keputusan muktamad mengenai pengubahsuaian Pasar Payang di Kuala Terengganu yang kini berusia lebih 50 tahun.

Beliau berkata beberapa cadangan bagi penambahbaikan di pasar itu sedang diteliti.

"Ada yang mencadangkan pasar itu diubah suai, diganti baharu ataupun mengguna konsep yang baharu bagi menambah seri pasar besar tersebut," katanya semalam.

Dalam pada itu, beliau berkata pasar sedia ada di Cabang Tiga sedang diperbesarkan dengan berkonsepkan moden dan selesa demi kemudahan orang ramai.

 "Fasa pertama pasar itu telah pun siap dibina dan kerajaan negeri telah bersetuju supaya disambungkan dengan fasa kedua di mana pembinaanya akan dimulakan secepat mungkin," katanya.

No comments:

Post a Comment