Seorang bapa baru-baru ini mengadu kerosakan netbook yang dihadiahkan kepada anaknya. |
Kalau ada pun kerosakan, itu hanya kes terpencil akibat kecuaian penggunaan netbook pelajar sendiri, kata Timbalan Pengarah SKMM Wilayah Timur, Shahrizal Husin.
Beliau berkata bagi netbook yang masih di bawah jaminan pembekal, kerosakan akan dibaiki secara percuma manakala bagi kerosakan di luar tempoh jaminan, kosnya perlu ditanggung pelajar.
"Sebanyak 170,000 netbook telah diagihkan kepada murid sekolah menengah melalui tiga fasa dan ia diagihkan secara berperingkat mulai tahun 2010.
"Memang kita ada terima aduan mengenai masalah kerosakan dan rungutan mengenai masalah pusat servis yang terhad di beberapa kawasan, namun masalah itu telah diatasi apabila pihak pembekal melantik vendor di lokasi pusat bandar yang strategik," katanya semalam.
No comments:
Post a Comment