Insurans kelompok penjaja mulai 1 Januari SETIAP peniaga layak untuk mendapat skim perlindungan insurans percuma mulai 1 Januari ini dengan syarat mereka berdaftar dengan SSM. |
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, skim itu hanya untuk peniaga dan penjaja yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
"Tidak kira sama ada mereka penjual kuih, peniaga ikan atau nasi lemak, asalkan berdaftar dengan SSM, mereka akan diberikan perlindungan insurans tersebut," katanya kepada pemberita selepas majlis pertemuan dengan warga Felda Gugusan Bera dekat Bera kelmarin.
Pelaksanaan skim itu merupakan satu lagi berita yang menggembirakan golongan peniaga dan penjaja kecil selepas kerajaan kelmarin mengumumkan Skim Pembiayaan Mikro tanpa faedah untuk mereka dengan had pinjaman sehingga RM50,000 pada tahun depan.
Bagi skim insurans itu, Ismail Sabri berkata, kerajaan menyasarkan pendaftaran sejuta peniaga, sekali gus melayakkan mereka menerima perlindungan.
No comments:
Post a Comment