Tuesday, November 27, 2012
Tanaman Tanaman 'Rock Melon' TKPM Di Besut Diiktiraf Antara Terbaik Di Negara Ini
Ini kerana ia berupaya mengeluarkan hasil memberangsangkan untuk pasaran tempatan mahupun eksport.
Dengan pengiktirafan itu, Terengganu muncul sebagai negeri terbesar mengeluarkan tanaman 'rock melon' di negara ini dengan kejayaan menghasilkan pendapatan bersih kira-kira RM10 juta, sejak beroperasi 2006.
Ketua Pengarah Pertanian, Mustafa Kamal Baharuddin berkata projek yang dimulakan sejak tujuh tahun lalu itu memberi pendapatan lumayan antara RM3,000 hingga RM4,000 sebulan kepada 29 peserta termasuk 14 peserta dari program siswazah tani, melibatkan pembangunan kawasan seluas 57 hektar.
"Pengeluaran rock melon di sini menggunakan teknologi canggih yang didapati bebas daripada sebarang serangan penyakit selain dapat ditanam sepanjang masa tanpa mengira musim," katanya kepada pemberita ketika mengadakan lawatan ke tapak projek berkenaan semalam.
Katanya, buah 'rock melon' yang dihasilkan di Dok Dor ini juga berjaya dieksport ke pasaran Singapura, Dubai dan Hong Kong.
tahniah terengganu
ReplyDelete