Friday, November 2, 2012

Tangan Kena Potong - Kesal Tidak Patuhi Nasihat Doktor

“Saya menyesal tidak mengikut nasihat doktor sebelum ini menyebabkan anak terpaksa menanggung penderitaan lebih teruk. Jika saya bertegas dan tidak terlalu mengikut kehendaknya, mungkin penyakit barah dihidapinya tidak separah ini.”

Normah Harun, 47, tidak dapat menahan kesedihan apabila Dr Juhaida Jaafar dari Klinik Kesihatan Bukit Tunggal, di Kuala Terengganu, mengesahkan penyakit barah tulang dihidapi anaknya, Noor Shahirah Ishak, 16, sejak empat bulan lalu semakin serius.

Doktor memberitahu beliau bahawa tangan kanan anak perempuannya perlu dipotong bagi mengelak penyakit barah tulang dihidapi remaja terbabit merebak ke anggota tubuhnya yang lain. Pembedahan berkenaan perlu dilakukan bagi mengelakkan komplikasi lain.

Dia yang ditemui di rumahnya di Felda Belara, di berkata, sebelum ini dia akur dengan kemahuan Shahirah yang bertegas tidak mahu bahunya dipotong meskipun dinasihati doktor di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di Kuala Terengganu, supaya berbuat demikian.

“Saya membawanya mendapatkan rawatan di HSNZ pada Ogos lalu apabila bengkak pada bahu kanannya membesar selain mengeluarkan nanah dan darah.

“Ketika itu, Shahirah bertegas enggan mematuhi nasihat doktor menyebabkan saya meminta kebenaran untuk membawanya pulang ke rumah bagi mendapatkan rawatan secara tradisional.

“Bagaimanapun selepas dibawa pulang, keadaankesihatannya merosot dan dia hanya terlantar di atas katil selepas bengkak pada bahu kanannya semakin besar menyebabkannya tidak dapat bergerak.

Harian Metro

No comments:

Post a Comment