Persatuan Lumba Basikal Terengganu (PLBT) akan mempertaruhkan 15 pelumba termasuk tiga wanita bagi Kejohanan Sirkit Remaja selama lima hari di Cheras, Kuala Lumpur, bermula Rabu depan.
Ketua jurulatih PLBT, Syed Mohd Hussaini Syed Mazlan berkata kesemua pelumba pelapis skuad Sukan Malaysia (SUKMA) berusia antara 15 dan 18 tahun itu dihantar sebagai sebahagian daripada program pendedahan.
"Rata-rata pelumba pelapis itu telah mengikuti latihan hampir setahun dan inilah masa terbaik untuk mengukur kebolehan mereka," katanya ketika di Kuala Terengganu, semalam.
Syed Mohd Hussaini berkata sebahagian daripada pelumba berkenaan pernah menyertai dan memenangi beberapa kejohanan seperti Terbuka Perlis dan Kejohanan GP Kebangsaan Sirkit ke-3 di Sarawak sebelum ini.
Beliau berkata antara bakat pelapis yang semakin menyerlah ialah Abd Aziz Zahid, Iskandar Fitri Ahmad Sabti, Ahmad Najib Ismail, Mohd Syazwan Aliff Mohd Zaidy dan Mohd Shahrul Arfan Rosdi.
No comments:
Post a Comment