Saturday, November 17, 2012

Umat Islam Perlu Jadi Contoh – Menteri Besar





Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, mahu umat Islam di negeri ini menjadi contoh kepada penganut agama lain dengan cara menghayati ajaran Islam yang mengutamakan perpaduan dan tidak berbalah sesama sendiri.


Beliau mahu umat Islam mengamalkan hidup sederhana dan mengikuti sunnah Rasulullah s.a.w. “Dengan mengamalkan cara hidup yang sederhana kita harap masyarakat negeri ini akan hidup dalam keadaan aman dan damai,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Masjid Khalifah, Taman Jaya, semalam.

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat pada majlis itu dan menyempurnakan perasmiannya. Hadir sama Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Datuk Tengku Putera Awang;

Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri, Kazan Che Mat; ketua-ketua jabatan dan pembesar negeri. Masjid berharga RM4 juta itu pada asalnya sebuah surau, tetapi dinaiktaraf menjadi masjid bagi menampung keperluan jemaah di kawasan berkenaan.

Masjid yang mampu menampung 1,000 jemaah itu merupakan antara 131 buah masjid yang terdapat di daerah Kuala Terengganu.

No comments:

Post a Comment