Monday, November 26, 2012

UMT Sasar Pertambahan Pelajar Kepada 8,500

Majlis Konvokesyen ke 10 UMT di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu kelmarin.
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mensasarkan pertambahan pelajar kepada 8,500 pelajar menjelang 2015 berbanding jumlah sekarang iaitu 7,800 pelajar.

Naib Canselor UMT, Prof Datuk Dr. Ibrahim Komoo (kiri) , berkata untuk mencapai sasaran ini, UMT berusaha memantap dan meningkatkan kualiti program sedia ada supaya dapat melahirkan graduan pelbagai kebolehan.

Katanya, sebagai sebuah universiti yang berkembang pesat dari segi infrasturuktur mahupun akademiknya, UMT sentisa berusaha untuk meningkatkan kualiti dan budaya penyelidikan kepada setiap warga akademik dan pelajar.

“Pendekatan ini sejajar dengan hasrat UMT untuk menjadi universiti komprehensif berfokus yang terunggul di Malaysia.

“Selain itu, penekanan khusus turut diberikan bagi memantapkan prestasi sumber manusia yang merupakan aset utama dalam proses untuk menjadikan impian ini satu kenyataan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Santapan Malam sempena Majlis Konvokesyen ke 10 UMT di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, malam kelmarin. Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Haji Ahmad Said bersama isteri To’ Puan Seri Hajah Norliza Mahmud; Pro Cancelor UMT Tan Sri Samsudin Osman dan beberapa exco kerajaan negeri.

Prof Datuk Dr. Ibrahim turut memberitahu, langkah-langkah berkaitan dengan penambahan pensyarah baru serta penghantaran tutor dan pensyarah melanjutkan pelajaran dipergiatkan bagi mencapai sasaran 70 peratus tenaga pengajar UMT berkelayakan Ph.D menjelang 2015.

“Ketika ini, daripada 393 pensyarah yang aktif, 209 pensyarah mempunyai kelayakan Ph.D,” katanya. Katanya, sehinga Jun, 2012, UMT telah menerima kelulsuan untuk 44 projek penyelidikan bernilai RM6.1 juta daripada pelbagai penyumbang dana.

“Apa yang membanggakan penyelidik kita juga telah memperoleh pengiktirafan dengan menerima banyak anugerah dan pingat dalam pertandingan serta pemeran penyelidikan dan inovasi berprejtij, sama ada peringkat kebangsaan mahupun luar negara,” katanya

Teganukita

No comments:

Post a Comment