Monday, November 26, 2012

8 Pasukan Sertai Kejohanan Motour Tourism

Seramai lapan pasukan menerusi 40 peserta amatur mewakili pelbagai agensi kerajaan telah mempamerkan skil pelayaran kapal layar pada Kejohanan Motour Tourism di Ri-Yaz Heritage Marina Resort & Spa, Pulau Duyong, di kuala Terengganu, semalam.

Setiausaha Bahagian Prasarana Pelancongan, Hussain Moh berkata, pihaknya dijangka akan meneruskan penganjuran acara satu hari tersebut menjelang Piala Monsun bulan depan.

Pasukan Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu (PPNT) muncul juara keseluruhan dengan mengumpul empat mata penalti, diikuti Pejabat Kementerian Pelancongan Negeri Terengganu (PKPLN) dengan tujuh mata penalti.

Manakala Kelab Wartawan Terengganu (KAWAT) meraih tempat ketiga dengan 11 mata penalti daripada perlumbaan tiga pusingan itu.

No comments:

Post a Comment