Monday, November 12, 2012

Yayasan Veteran Malaysia Ditubuh Untuk Bantu Anggota


Yayasan Veteran Malaysia (YVM) yang baru ditubuhkan menyasarkan penyertaan sekurang-kurangnya separuh daripada kira-kira 748,000 veteran UMNO yang berumur 60 tahun ke atas.

Setiausaha Vetaran Umno Pusat Datuk Mustapa Yaakub berkata YVM akan mengemukakan permohonan penubuhannya, yang mendapat persetujuan Veteran UMNO, kepada Pejabat Pendaftar Pertubuhan untuk kelulusan dalam masa terdekat.


 "Tujuan YVM ditubuhkan adalah untuk menjalankan kegiatan kepada seluruh anggota dan keluarga veteran parti itu di seluruh negara. "Semua anggota Umno yang berumur 60 tahun ke atas, secara automatik dianggap sebagai veteran Umno dan mereka layak menjadi anggota YVM," katanya sempena penutupan Perhimpunan Agung Tahunan Veteran Umno Malaysia ke-5 Ahad.

Mustapa berkata ketika ini, terdapat kira-kira 748,000 veteran Umno daripada tiga juta anggota parti itu di seluruh negara, dan beliau yakin ia mampu menjadi sebuah yayasan yang kuat jika setiap veteran menganggotainya.

No comments:

Post a Comment