Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu akan menganjurkan enam program termasuk satu seminar sempena Tahun Melawat Terengganu 2013 (TMT 2013) pada bulan ini.
Ketua Pegawai Eksekutif YPU Azmi Razik berkata pihaknya mahu lebih ramai usahawan merebut pelbagai peluang perniagaan tahun depan kerana dijangka seramai empat juta pelancong akan datang ke Terengganu.
"Sebab itu, YPU menganjurkan Seminar TMT 2013 yang bertujuan memberi pendedahan kepada peserta apakah cabaran dan peluang yang bakal mereka tempuhi pada tahun depan.
"YPU mahu usahawan di negeri ini merebut peluang yang tersedia dengan pelbagai produk yang boleh dipromosi kepada pelancong asing," katanya.
Seminar itu diadakan pada 20 Nov dan penyertaan adalah percuma kepada mereka yang berminat.
"Program Bicara Tokoh bersama Tan Sri Muhammad Ali Hashim dan Profesor Abdul Rahman Abdul Aziz pula akan diadakan pada 22 dan 28 Nov ini dengan kadar bayaran RM30 untuk setiap peserta," katanya
No comments:
Post a Comment