Monday, December 3, 2012

120 Jenis Kueh Melayu Tarikan Karnival Halal 1 Malaysia Best 2

Pameran seratus dua puluh jenis kuih-muih Melayu tadisional di Malaysia di Pusat Dagangan Terengganu (TTC) di sini pada 20 Disember ini adalah antara beberapa Program Karnival halal 1Malaysia Best.

Pengarah Fama negeri Hasan Jusoh berkata acara tersebut akan dicatatkan dalam "Malaysian Book of Records" kerana ia memecahkan rekod sebelum ini dengan hanya 102 jenis kuih-muih.

Beliau berkata program itu akan disertai oleh 60 hingga 70 orang usahawan dari seluruh negara yang akan mempamerkan pelbagai produk industri asas tani.

Dalam pekembangan lain, beliau berkata Fama akan memastikan bekalan keperluan harian seperti sayur-sayuran mencukupi sekiranya banjir melanda negeri ini. - Bernama

No comments:

Post a Comment