Monday, December 3, 2012

T-Team Bincang Dengan Bekas Pemain Ireland


Pencarian pemain import kedua T-Team untuk bergandingan dengan bekas pemain antarabangsa Belanda, George Boateng, masih menemui jalan buntu.

Pengurus T-Team, Peter Butler yang juga ketua jurulatih T-Team berkata, masih ada banyak masa untuk pihak pengurusan mencari pemian sesuai untuk digandingkan dengan pemain berkenaan.

T-Tean tidak bimbang pengganti yang sama taraf atau yang lebih baik daripada dua pemain yang disasarkan sebelum ini.

"Buat masa ini kami sedang berbincang dengan bekas pemain antarabangsa Ireland dan namanya masih belum boleh dinyatakan kerana bimbang dia juga tidak bersetuju untuk datang bermain dalam liga bola sepak di negara ini," katanya.

Sebelum ini  bekas pemain Arsenal dan Fulham, Luis Boa Morte dikatakan berminat menyertai pasukan Persatuan Bola Sepak Daerah Kuala Terengganu (PBSDKT) itu, hasratnya terpaksa dilupakan kerana kontraknya dengan kelab Chesterfield cuma tamat pada akhir Disember.

Tarikh akhir pendaftaran pemain import untuk Liga Malaysia ditetapkan pada 12 Disember dan tidak ada jalan lain untuk T-Team mendapatkan khidmat bekas pemain antarabangsa Portugal itu.

 T-Team yang kini dikenali sebagai The Titans kemudian berbincang dengan Bosko Balaban, bekas pemain Aston Villa yang beraksi dengan Selangor musim lalu, namun usaha untuk membawa bekas pemain antarabangsa Croatia itu ke Kuala Terengganu juga tidak berjaya.

Balaban dikatakan menntut gaji yang tinggi.

"Balaban tidak begitu ikhlas ketika berbincang dengan T-Team kerana akhirnya dia membuat keputusan untuk tidak menyertai kami, sebaliknya memberitahu yang dia menerima tawaran lebih lumayan dari satu kelab di Eropah.

"Memang kami kecewa kerana sudah dua pemain yang kami minati tidak dapat dimiliki, seorang kerana ikatan kontrak dan seorang lagi kerana kami tidak sanggup untuk membayar kos yang terlalu tinggi untuk khidmatnya," katanya.

No comments:

Post a Comment