Saturday, December 15, 2012

27 Warga Emas Terima Bantuan Program Kembara Jalinan Kasih Di Kuala Nerus

Sejumlah 27 warga emas di Parlimen Kuala Nerus menerima sumbangan berbentuk wang ehsan serta barangan keperluan dapur menerusi program konvoi Kembara Jalinan Kasih (Cakna Rakyat) dari rumah ke rumah di Kuala Nerus semalam.

Program julung kali itu anjuran Jabatan Penerangan Negeri Terengganu (JPNT) sempena program Himpunan Kasih Sayang Komuniti 1Malaysia 'Janji Ditepati' selama dua hari, bermula semalam di Padang Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Tunggal, dekat Kuala Terengganu.

Pengarah JPNT Azizah Awang berkata program berkonsep 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' itu disertai hampir 100 pegawai dan wakil badan agensi kerajaan dalam usaha turun padang membantu warga tua terutamanya yang mempunyai penyakit kronik.

"Setiap keluarga warga emas ini menerima sumbangan barangan dapur seperti minyak, susu dan gula dan ia merupakan kesinambungan program Karnival 1Malaysia yang sering kita adakan," katanya.

Kembara di bawah naungan Kementerian Penerangan Kebudayaan dan Kesenian ini bertolak ke destinasi dituju bermula 10 pagi dan dibahagikan kepada lima kumpulan konvoi berasingan bagi memudahkan urusan penyampaian sumbangan.

No comments:

Post a Comment