Saturday, December 15, 2012

Polis Cari Tiga Individu Bantu Siasatan Pecah Rumah, Samun


Polis sedang mengesan tiga individu termasuk pasangan kembar bagi membantu siasatan beberapa kes pecah rumah, curi motosikal dan samun yang berlaku di daerah ini sejak akhir-akhir ini.

Sebarang maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi pihak polis di talian 09-6182222.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya berkata, mereka ialah Mohd Julaidi Abd Ghani, 36, atau dikenali dengan nama panggilan ‘Di Siput’ beralamat dari Sungai Serai, Binjai Rendah, di Marang.

“Manakala dua lagi adalah pasangan kembar, Romizan Mohamad, 20, dan Romizi Mohamad, 20, beralamat dari Kampung Pantai Seberang Marang,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurut Ahmad Mazlan, pihaknya mendedahkan wajah tiga individu berkenaan bagi membantu pihak polis menyelesaikan kes-kes jenayah yang berlaku di daerah berkenaan.

“Polis akan terus mengesan tiga individu terbabit dalam usaha menyelesaikan kes berkaitan dan kerjasama orang ramai diperlukan untuk membantu mengesan seterusnya memberkas mereka yang masih bebas itu,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai atau ahli keluarga yang mempunyai maklumat mengenai individu berkenaan supaya tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang atau mana-mana balai berdekatan.

Sinar Harian

No comments:

Post a Comment