Wednesday, December 5, 2012

800,000 Netbook 1Malaysia Telah Diagih

Sebanyak 800,000 daripada satu juta unit komputer riba 1Malaysia (netbook 1Malaysia) telah diagihkan di seluruh negara sehingga 9 November lepas.

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang berkata, daripada jumlah itu, 65 peratus diagihkan kepada pelajar dan selebihnya kepada anggota komuniti yang layak.

Katanya, setiap unit netbook 1Malaysia yang dibekalkan juga mempunyai tempoh jaminan selama setahun. "Sekiranya penerima menghadapi sebarang masalah kerosakan perkakasan atau perisian, penerima boleh terus menghantar netbook 1Malaysia tersebut ke pusat servis berdekatan tanpa kos pembaikan sepanjang tempoh jaminan masih sah,” katanya.

Beliau berkata, berdasarkan penerimaan hebat rakyat terhadap netbook 1Malaysia peruntukannya telah ditambah kepada 1.5 juta unit lagi dan akan diagihkan secara berperingkat bermula penghujung tahun ini.

No comments:

Post a Comment