Wednesday, December 19, 2012

Aman Palestin T'erengganu Kumpul RM250,000 Bantu Penduduk Gaza

Aman Palestin Berhad cawangan Terengganu berjaya mengumpulkan RM250,000 sepanjang tahun ini dalam usahanya membantu penduduk Palestin.

Pengurusnya Mohammad Sirojul Afkar Hamid berkata sekalipun tidak mencapai sasaran RM300,000, jumlah itu mengatasi kutipan tahun lepas iaitu sebanyak RM175,000.

"Walaupun tidak tercapai, jumlah itu menunjukkan peningkatan kesedaran dalam kalangan rakyat khususnya di negeri ini terhadap nasib rakyat Palestin," katanya semalam.

Menurutnya dana tersebut akan disalur kepada ibu pejabat Aman Palestin di Kuala Lumpur sebelum diagih kepada penduduk Palestin.

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh berbuat demikian menerusi akaun Maybank bernombor 562263010787 atau Bank Islam 1202-9010-0598-95 atas nama Aman Palestin Berhad, katanya.

Untuk maklumat lanjut, mereka boleh merujuk laman sesawang amanpalestin.net, katanya.

No comments:

Post a Comment