Wednesday, December 19, 2012

TNB Labur RM9.7 Bilion Untuk Bina Kapasiti Baharu

Tenaga Nasional Bhd (TNB) akan melabur RM9.7 bilion sepanjang lima tahun akan datang untuk membina kapasiti baharu untuk menampung permintaan tenaga elektrik negara, yang dijangka akan tumbuh antara 3.5-4.6 peratus.

Syarikat utiliti kebangsaan itu kini membina dua projek elektrik hidro di Hulu Terengganu (Terengganu) dan Ulu Jelai (Pahang) dan stesen jana kuasa berkuasa arang batu di Manjung (Perak).

Ia juga kini membina sebuah stesen jana kuasa biojisim di Jengka, Pahang dalam satu kerjasama dengan Felda Global Ventures Holdings Bhd.
Presiden/ketua pegawai eksekutif TNB, Datuk Wira Azman Mohd, berkata projek-projek itu akan meningkatkan kapasiti tenaga negara sebanyak 1,632 megawatt (MW).

"Bersama-sama dengan Model Ekonomi Baharu dan Program Transformasi Ekonomi, permintaan ditetapkan untuk mencecah 20,699 MW menjelang 2020 daripada 15,826 MW pada tahun kewangan 2012," katanya pada mesyuarat agung tahunan syarikat di Kuala Terengganu semalam.

Azman berkata TNB menyasarkan untuk menjadi konglomerat tenaga.

No comments:

Post a Comment