Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Cukai berjaya mengumpul derma sebanyak RM4,082 untuk diserahkan kepada Aman Palestin bagi meringankan penderitaan penduduk Tebing Barat akibat peperangan di Semenanjun Gaza.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Cukai, Datuk Mohamed Awang Tera berkata, kutipan itu hasil pelancaran Tabung Kemanusiaan Gaza ketika penganjuran pertandingan memasak bubur asyura peringkat daerah diadakan minggu lalu.
"Kutipan kelolaan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Gong Pauh ini diharap menjadi contoh kepada pihak lain untuk melakukan usaha yang sama bagi meringankan bebanan penduduk di Gaza," katanya.
Beliau berkata, selain bantuan dalam bentuk kewangan, semua pihak boleh menghulurkan bantuan dalam bentuk pakaian, ubat-ubatan dan makanan kepada penduduk di sana.
No comments:
Post a Comment