Muhyiddin bersalaman dengan beberapa pelatih sambil diperhatikan (dari kanan) Ahmad Zahid, Mohamad dan Hishammuddin di Port Dickson semalam. |
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu bahawa, kerajaan amat berpuas hati dengan hasil program berkenaan yang melibatkan kerjasama antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
"Sejak program kerjasama itu bermula pada tahun 2010 kita dapati indeks jenayah jalanan turun sebanyak 39.79 peratus dan indeks jenayah turun sebanyak 11.1 peratus.
"Malah negara kita juga telah diisytiharkan sebagai negara paling selamat di Asia Tenggara dan ketiga paling selamat di Asia Pasifik di belakang New Zealand dan Jepun seperti yang dilaporkan dalam Indeks Keamanan Global 2012," katanya di Port Dickson.
No comments:
Post a Comment