Dalam kejadian kira-kira 2 petang itu mangsa Mohd Hamidi Abdul Hamid, 15, dan seorang rakannya, dipercayai bermain dan mendayung sampan berhampiran rumahnya.
Semalam, seorang wanita Samhanim Ramli, 36, yang lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Lanjut di Jambatan Permaisuri, Setiu.
Mayat Samhanim yang dijumpai malam semalam. |
"Kejadian itu disedari keluarga mangsa setelah hampir dua jam mangsa tidak pulang ke rumah.
"Keluarganya melihat sampan yang dinaiki mangsa kosong dan lantas mencari mangsa di kawasan sekitar.
Menurutnya ahli keluarga mangsa bagaimanapun berjaya menemui mangsa kira-kira 4.30 petang tadi berhampiran sampan berkenaan.
Panik dengan kejadian itu bapa mangsa memanggil Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) lalu menghantar mangsa ke hospital dan pihak hospital mengesahkan mangsa telah meninggal.
Difahamkan kediaman mangsa di taman perumahan itu ditenggelami air sedalam 1.5 meter berikutan hujan lebat sejak dua hari lalu.
Dalam pada itu Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang turut melawat mangsa banjir di daerah ini hari ini berkata banjir yang melanda daerah Kemaman tahun ini adalah antara banjir terburuk sejak lebih 30 tahun lalu.
Sementara itu, keadaan banjir yang melanda negeri di Pantai Timur pagi dan tengah hari ini semakin buruk dengan jumlah mangsa di pusat pemindahan di Kelantan, Pahang dan Terengganu meningkat kepada 17,443 petang ini berbanding 13,746 orang pada pagi.
Keadaan banjir di Terengganu paling buruk apabila jumlah mangsa meningkat kepada 10,412 orang petang ini berbanding 6,550 hari ini.
Menurut portal banjir negeri, mangsa yang paling ramai dipindahkan sehingga 6 petang ini ialah di daerah Besut seramai 2,666 orang diikuti Kemaman (2,272 orang), Dungun (1,983 orang), Hulu Terengganu (1,390 orang), Besut (1,088 orang), Kuala Terengganu (807 orang) dan Marang (206 orang). Sehingga tempoh itu, 30 pusat pemindahan dibuka di Setiu, Kemaman (23), Dungun (29), Hulu Terengganu (16), Besut (10), Kuala Terengganu dan Marang (masing-masing 7).
No comments:
Post a Comment