Friday, December 28, 2012

Timbalan Menteri KPWKM Lawat Mengsa Banjir Di SK Kompleks Gong Badak

Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), YB Dato’ Noriah Kasnon semalam  melawat mangsa banjir Pusat Pemindahan Bencana di SK Kompleks Gong Badak, Kuala Terengganu.

Kehadiran beliau diiringi Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri, Zuhami Omar dan disambut oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tepoh, Muhammad Ramli Nuh.

Difahamkan kebanyakan mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan tersebut terdiri daripada penduduk Taman Desa Tanjung Damai, Gong Badak.


Noriah meluangkan masa kira-kira sejam beramah mesra dan bertanya khabar serta meninjau keadaan 339 mangsa daripada 76 keluarga yang masih berada di pusat pemindahan itu sejak dibuka Isnin lalu.

 Beliau melahirkan rasa syukur kerana dapat meninjau dan melihat sendiri situasi yang dialami mangsa banjir di negeri ini.

Sambil itu beliau ada mencadangkan kepada pengerusi taman perumahan terbabit supaya membuat permohonan rasmi kepada pihak tertentu supaya sekurang-kurangnya ada inisiatif awal untuk menyelesaikan masalah yang timbul apabila banjir melanda

Teganukita

No comments:

Post a Comment