Tuesday, December 25, 2012

Banjir - Jumlah Mangsa Meningkat Kepada 2,917, Hulu Besut Paling Teruk

 

Jumlah mangsa banjir di Terengganu terus meningkat  setakat pukul 9.00 pagi ini, seramai 2,917 orang berada di 55 pusat pemindahan.

Menurut portal banjir Majlis Keselamatan Negara, jumlah jalan yang ditutup ialah 24.

Sebanyak 55 kawasan di negeri ini sedang dilanda banjir.

Sehingga malam semalam, sebanyak 30 buah pusat pemindahan telah dibuka. Pusat pemindahan mangsa banjir yang beroperasi sekarang ialah di Setiu sebanyak 12; Hulu Terengganu (7); Dungun (5); Besut (2); Marang (2), Kuala Terengganu (1), dan Kemaman (1).

Malah kini, semua semua daerah di Terengganu telah dibuka penempatan banjir dengan daerah Kemaman merupakan daerah terakhir membuka satu (1) pusat pemindahan di Balairaya Batu 14 melibatkan enam mangsa (dua keluarga). 


Kini Hulu Besut mempunyai  jumlah paling ramai yang dipindah apabila seramai 336 mangsa kini berada di Masjid Kampung La, 167 berada di SK Bukit Payong, selain 101 di Dewan Serbaguna Keruak dan 77 di SK La, Besut. Sementara  di Sekolah Kebangsaan Anak Ikan pula seramai 200 orang.

 Di Marang, mangsa pemindahan paling ramai ialah di SK Bukit Gasing dengan 119 orang dan SMK Bukit Payong seramai 64.


Di Setiu pula, mangsa paling ramai berada di Surau Kg Besut seramai 152, SK Kg Besut, 128, dengan jumlah mangsa 128 orang, Dewan Sivik Sungai Tong 71 mangsa, selain 59 mangsa di Masjid Pengkalan Merbau.

Di Kemaman, mangsa paling ramai adalah di Balairaya JKKK Padang Kubu, iaitu 125, Balairaya Kg Teladas, 70 mangsa dan Masjid Lama Padang Kubu dengan 66 mangsa.

di Hulu Terenganu, mangsa paling ramai adalah di Surau Kampung Menerong sebanyak 50 mangsa dan  Balai Raya Peneh sejumlah 45 mangsa.


Semalam, Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) menasihati penduduk di beberapa daerah di Kelantan, Terengganu dan Pahang supaya mengambil langkah berjaga-jaga ekoran amaran hujan lebat peringkat jingga.

 Menurut JMM hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat di beberapa jajahan di Kelantan seperti, Tumpat, Pasir Mas, Machang, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh serta di beberapa daerah di Terengganu seperti Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman, dijangka berterusan sehingga hari ini.

Keadaan itu akan menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah, kata JMM dalam kenyataan.

No comments:

Post a Comment