Tuesday, December 25, 2012

Ahmad Said Minta Mangsa Banjir Daftar Segera Dengan JKM

Asha'ari menuang mnimuman di salah sebuah pusat pemindahan banjir semalam.

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said mengingatkan mangsa banjir di negeri ini agar mendaftar kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi memudahkan penyaluran bantuan susulan.

Katanya dari segi bantuan keperluan asas termasuk makanan tidak menjadi masalah kerana kerajaan Terengganu sudah bersedia sejak September lepas.

"Apabila banjir melanda, kita terus agih bantuan kepada mereka," katanya ketika melawat mangsa banjir di pusat pemindahan Kampung Langkap, semalam.


Beliau diiringi Pengarah JKM negeri Zuhaimi Omar dan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Terengganu Asha'ari Idris.

Menurut Ahmad Said , setakat ini proses agihan bantuan makanan dan keperluan asas itu berjalan lancar.

Terdahulu pada sebelah pagi, Menteri Besar Terengganu itu melawat dua pusat pemindahan iaitu di Tepoh, Kuala Terengganu dan di Setiu yang menempatkan 70 dan 80 mangsa banjir masing-masing.

Mengulas lanjut, Ahmad turut mengingatkan ibu bapa agar tidak membiarkan anak-anak mereka bermain air banjir bagi mengelakkan tragedi. Terengganu dilanda banjir sejak malam semalam membabitkan sekurang-kurangnya tiga daerah setakat ini iaitu Dungun, Setiu dan Marang.

No comments:

Post a Comment