|
Guru SMK Chukai bergotong-royong membersihkan bilik darjah yang kotor dan membuang barangan yang rosak akibat banjir semalam. Sekolah-sekolah di Terengganu, Kelantan dan Kedah akan mula dibuka esok, 1 Januari. |
adaan banjir di Terengganu dan Kelantan hampir pulih sepenuhnya dengan keseluruhan mangsa di kedua-dua negeri itu menurun kepada 149 orang setakat 10 malam tadi berbanding 913 petang semalam.
Bilangan mangsa banjir tertinggi yang dicatatkan sejak bencana alam itu melanda Pantai Timur unt-moruk tempoh seminggu adalah 23,235 orang, iaitu pada Khamis lalu.
Di Terengganu, hanya satu pusat penempatan banjir dibuka iaitu di Kuala Terengganu dengan 119 mangsa.
Jumlah korban banjir masih lagi enam orang di Terengganu, menurut portal banjir negeri.
Di Kelantan, hanya 30 mangsa berada di pusat pemindahan di Tumpat.
No comments:
Post a Comment