Monday, December 31, 2012

MB Turun Padang Sertai Gotong Royong Bersih Rumah Mangsa Banjir


Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said kelmarin turun padang menyertai sukarelawan membersih kawasan yang dilanda banjir di daerah Kemaman.

Beliau dan isteri To’ Puan Seri Hajah Norliza Mahmud sempat meluangkan masa membantu membersih kawasan rumah mangsa yang dilanda banjir di sekitar bandar baru Bukit Mendok dan Kampung Pengkalan Pandan.
 
Turut serta dalam aktiviti gotong royong tersebut adalah Ketua Wanita UMNO Bahagian Kemaman, Senator Rohani Abdullah; Setiausaha Umno Bahagian Kemaman, Rosli Ahmad serta Naib Ketua Umno Bahagian Kemaman, Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid.


Senator Rohani Abdullah yang mengetuai Skuad Sayang Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Kemaman merupakan orang kuat dalam aktiviti gotong-royong tersebut.

Bagi melancarkan aktiviti gotong royong Skuad Sayang turut dibantu oleh para sukarelawan yang lain termasuk Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), pasukan bomba, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta badan-badan bukan kerajaan yang lain.

Menteri Besar tidak melepaskan peluang bertanya khabar dan beramah mesra dengan para penduduk.

No comments:

Post a Comment