Tuesday, December 4, 2012

Boling - Shafiq Julang Kejuaraan Piala Dunia QubicaAMF Di Wroclaw, Poland



Kejayaan pemain tinggi lampai berusia 26 tahun menjulang Piala Dunia QubicaAMF melengkapkan koleksi gelaran utama di peringkat antarabangsa untuk Malaysia

Jaguh boling negara, Syafiq Ridhwan Abdul Malek menyifatkan pencapaian muncul juara Terbuka Taiwan baru-baru ini, menjadi kunci kepada kejayaannya menjulang kejuaraan Piala Dunia QubicaAMF di Wroclaw, Poland dua hari lepas

 Syafiq berkata, selepas memenangi gelaran di Taiwan, beliau begitu bersemangat untuk menampilkan prestasi terbaik pada saingan Piala Dunia tersebut

 "Sebelum Terbuka Taiwan, saya hanya menyasarkan berada dalam kelompok lapan pemain teratas tetapi selepas kejayaan itu (juara Terbuka Taiwan) dan layak ke Piala Dunia, saya menyasarkan untuk muncul tiga pemain terbaik dunia," katanya sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, semalam.



Malaysia pernah mengecapi kejayaan dalam semua saingan peringkat tertinggi termasuk Kejohanan Dunia, namun tidak Piala Dunia, pertandingan individu yang mempunyai sejarah penganjuran sejak 1965, menjadi satu-satunya gelaran tidak terjangkau mana-mana pemain negara sebelum Syafiq menamatkan penantian Malaysia melalui edisi kali ini.

Kejayaan pemain tinggi lampai berusia 26 tahun itu menjulang Piala Dunia QubicaAMF di Wroclaw, kelmarin yang melengkapkan koleksi gelaran utama di peringkat antarabangsa untuk Malaysia.

Malaysia pernah mengecapi kejayaan dalam semua saingan peringkat tertinggi termasuk Kejohanan Dunia, namun tidak Piala Dunia, pertandingan individu yang mempunyai sejarah penganjuran sejak 1965, menjadi satu-satunya gelaran tidak terjangkau oleh mana-mana pemain kita sebelum Syafiq menamatkan penantian kita melalui edisi kali ini.

Tiada pemain negara pernah merangkul gelaran berprestij itu dengan Michael Chuah paling hampir melakukannya apabila dia muncul naib juara pada 1983 di Mexico City.

Ini diikuti Shalin Zulkifli, juga berpuas hati sebagai kedua terbaik di Belfast, Ireland Utara pada 1996 dan terbaru Zulmazran Zulkifli meraih tempat ketiga pada 2008 di Hermosillo, Mexico.

Untuk memenangi Piala Dunia bukan perkara mudah, malah jauh lebih rumit berbanding menggondol emas dalam Kejohanan Dunia.

Untuk layak bergelar juara, seseorang pemain itu tiada pilihan melainkan menghayun konsisten dari pusingan kelayakan lagi kerana jumlah jatuhan pin akan dibawa bersama ke peringkat lanjut.

Syafiq telah mengharungi cabaran 39 game dalam tempoh enam hari, bermula dengan 20 game di pusingan kelayakkan yang menampilkan 82 pemain, sebelum dikurangkan kepada 24 pemain (lapan game), suku akhir (lapan pemain bertarung lapan game secara round robin) sebelum mara ke peringkat stepladder (tiga pemain terbaik) yang dilangsungkan dalam format best of three.

Dua halangan terakhir menyaksikan Syafiq menumbangkan bintang pro PBA Amerika dari Colombia, Andres Gomez 2-1 (234-236, 224-201, 258-218), disusuli kemenangan ke atas penyandang juara remaja dunia dari Amerika Syarikat, Marshall Kent 2-0 (236-225, 237-221).

"Sebaik saya melangkah ke final, firasat saya memberitahu, saya akan merangkul kejuaraan ini. "Sudah seminggu saya bertarung, saya tidak sanggup tercicir, saya bertekad tidak membiarkan prestasi memberangsangkan sepanjang minggu dirosakkan begitu sahaja, lebih-lebih lagi pada saat getir.

"Saya kerap mengingatkan diri bahawa saya kena menangi. Ia bukannya tekanan, sebaliknya merupakan motivasi untuk membakar semangat saya," kata Syafiq.

Jurulatih skuad kebangsaan, Holloway Cheah turut gembira dengan kejayaan Syafiq.

 "Detik yang cukup istimewa, kita akhirnya menang Piala Dunia boling. Syafiq sangat hebat sepanjang minggu ini, begitu juga Sin Li Jane, yang turut membanggakan menduduki tempat kelima keseluruhan dalam saingan wanita," katanya.

No comments:

Post a Comment