Tuesday, December 4, 2012

Sultan Mizan Rasmi Piala Monsun 2012


Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, berkenan merasmikan kejohanan Piala Monsun 2012 di Pulau Duyong, petang ini. Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah turut berkenan berangkat ke majlis tersebut yang turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Haji Ahmad Said.

Hadir sama, isteri Menteri Besar, To’ Puan Norliza Mahmud; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Haji Mazlan Ngah, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan pembesar negeri.

Sultan Mizan diperkenalkan kepada ketua-ketua pasukan yang mengambil bahagian dalam kejohanan bertaraf antarabangsa itu yang disiarkan di seluruh dunia dan menaikkan nama negeri ini.

Para peserta kejohanan itu akan berentap pada pusingan kelayakan bermula pagi ini  hingga Khamis dan peringkat suku akhir bermula jam 10.30 pagi Jumaat.

Peringkat separuh akhir akan bermula jam 10.30 pagi keesokan harinya (Sabtu) manakala acara kemuncak final akan bermula jam 3 petang.

Konsert mega Piala Monsun yang dijadualkan berlangsung di Dataran Shahbandar pada sebelah malamnya merupakan acara penutup kejohanan tersebut.

Teganukita

No comments:

Post a Comment